ENAKMEN 4 TAHUN 1994
KANUN ACARA JENAYAH (SYARIAH) 1994

BAHAGIAN VII - PERUNTUKAN-PERUNTUKAN TAMBAHAN
BAB XXIV - PERUNTUKAN-PERUNTUKAN KHAS BERHUBUNGAN DENGAN KETERANGAN



Seksyen 191. Bagaimana sabitan atau pembebasan terdahulu boleh dibuktikan.

(1) Dalam mana-mana perbicaraan atau prosiding lain di bawah Kanun ini sesuatu sabitan atau pembebasan terdahulu boleh dibuktikan sebagai tambahan kepada apa-apa cara lain yang diperuntukkan oleh mana-mana undang-undang yang sedang berkuatkuasa-
bersama dengan, dalam setiap hal tersebut, keterangan mengenai pengenalpastian tertuduh itu dengan orang yang telah disabitkan atau dibebaskan itu.

(2) Sekiranya pegawai yang bertanggungjawab bagi mana-mana penjara menyatakan di dalam mana-mana perakuan yang ditandatangani olehnya bahawa cap jari yang terdapat di atas perakuan itu adalah cap jari orang yang dimaksudkan oleh perakuan itu, perakuan itu hendaklah menjadi keterangan fakta yang dinyatakan sedemikian.

(3) Tiap-tiap Mahkamah hendaklah menganggap sebagai tulen tiap-tiap dokumen yang berupa suatu perakuan sabitan dan yang berupa telah ditandatangani oleh pegawai yang bertanggungjawab bagi mana-mana penjara dalam Malaysia, dan hendaklah juga menganggap bahawa pegawai yang olehnya dokumen itu berupa telah ditandatangani adalah bila dia menandatangani dokumen itu pegawai yang bertanggungjawab bagi penjara yang disebut dalam dokumen tersebut.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.