ENAKMEN 4 TAHUN 1994
KANUN ACARA JENAYAH (SYARIAH) 1994

BAHAGIAN IV - PROSIDING DALAM PENDAKWAAN
BAB XIV - DARIHAL HUKUMAN DAN PENJALANANNYA



Seksyen 121. Hukuman sebat.

(1) Peruntukan-peruntukan seksyen ini, seksyen 122 dan 123 hendaklah terpakai apabila tertuduh itu dihukum sebat.

(2) Alat sebatan, tidak termasuk pemegangnya, hendaklah daripada jenis yang sama dan dibuat sama ada daripada rotan atau ranting kecil pokok yang tiada ruas atau buku, dan panjangnya tidak melebihi 1.22 meter dan tebalnya tidak melebihi 1.25 sentimeter.

(3) Peruntukan-peruntukan berikut hendaklah diikuti apabila melaksanakan hukuman sebat, iaitu-

(4) Dalam kes di mana pesalah dihukum sebat sahaja, dia hendaklah diperlakukan seolah-olah dia dihukum penjara sehingga hukuman itu dilaksanakan.

(5) Jika Pegawai Perubatan memperakui bahawa pesalah itu oleh kerana umur tua, uzur atau apa-apa sebab lain pesalah itu tidak dapat menjalani hukuman sebat pada keseluruhannya atau sebahagiannya, maka kes itu hendaklah dirujukkan kepada Mahkamah yang boleh memerintahkan pelaksanaan hukuman itu mengikut cara yang difikirkannya munasabah.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.