ENAKMEN 3 TAHUN 1987
ENAKMEN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM 1987

BAHAGIAN VI - NAFKAH ISTERI ANAK DAN LAIN-LAIN



Seksyen 68. Kuasa Mahkamah untuk mengubah perjanjian nafkah.


Tertakluk kepada seksyen 64, Mahkamah boleh pada bila-bila masa dan dari semasa ke semasa mengubah syarat-syarat sesuatu perjanjian tentang nafkah yang dibuat antara suami dan isteri, sama ada dibuat sebelum atau selepas tarikh yang ditetapkan, jika Mahkamah berpuas hati bahawa sesuatu perubahan matan telah berlaku tentang hal keadaan, walau apapun peruntukan yang berlawanan dalam perjanjian itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.