ENAKMEN 12 TAHUN 1986
ENAKMEN PENTADBIRAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM 1986

BAHAGIAN III - MAHKAMAH SYAR'IAH
Prosedur Apil Mal



Seksyen 51. Rekod apil.

(1) Apabila yang membuat apil itu menunaikan kehendak-kehendak seksyen 50, Mahkamah yang keputusannya diapil hendaklah menyediakan jumlah salinan yang dikehendaki akan rekod apil, yang hendaklah mengandungi salinan-salinan-

(2) Apabila rekod apil itu siap, Mahkamah yang keputusannya diapil hendaklah menyerahkan kepada yang membuat apil satu notis dalam borang yang ditetapkan.

(3) Jika yang membuat apil berpendapat mana-mana suratan atau barang kes yang hendak digunakan itu tidak payah dimasukkan di dalam rekod apil, dia hendaklah memperolehi persetujuan bertulis kesemua pihak di dalam apil itu untuk meninggalkan suratan itu daripada rekod, dan persetujuan bertulis itu hendaklah diserahkan kepada Mahkamah Tinggi Syar'iah.

(4) Atas permintaan yang membuat apil, dan jika wang amanah yang tersebut dalam seksyen 50 (5) (a) tidak mencukupi, sesudah dijelaskan pembayaran oleh yang membuat apil sejumlah wang tambahan yang mencukupi untuk membiayai perbelanjaan menyediakan rekod apil, Mahkamah yang keputusannya diapiI hendaklah-





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.