ENAKMEN 13 TAHUN 1993
ENAKMEN KETERANGAN SYARIAH 1993

BAHAGIAN II - MENGENAI BUKTI
BAB 5 - KETERANGAN DOKUMENTAR



Seksyen 53. Kaedah-kaedah tentang notis untuk mengemukakan dokumen.

Keterangan sekunder mengenai kandungan dokumen-dokumen yang tersebut dalam seksyen 52 (1) (a) tidak boleh diberi melainkan jika pihak yang bercadang hendak memberi keterangan sekunder itu telah terlebih dahulu memberi kepada pihak yang ada memiliki atau berkuasa atas dokumen itu, atau kepada Peguam Syar'inya, suatu notis sebagaimana ditetapkan oleh undang-undang supaya mengemukakannya; dan jika tiada apa-apa notis ditetapkan oleh undang-undang, maka notis itu hendaklah mengikut sebagaimana yang difikirkan munasabah oleh Mahkamah menurut halkeadaan perkara itu:

Dengan syarat bahawa notis yang seumpama itu tidaklah dikehendaki untuk menjadikan keterangan sekunder boleh diterima dalam mana-mana hal berikut atau dalam mana-mana hal lain yang Mahkamah fikirkan patut notis itu tidak dikehendaki:





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.