ENAKMEN 4 TAHUN 1996
ENAKMEN ACARA JENAYAH SYARIAH (NEGERI PULAU PINANG) 1996

BAHAGIAN VI - RAYUAN DAN PENYEMAKAN
BAB 1 - RAYUAN KE MAHKAMAH TINGGI SYARIAH.



Seksyen 140. Kebenaran merayu dalam kes-kes tertentu.

Hakim Mahkamah Tinggi Syariah boleh, atas permohonan mana-mana orang yang ingin merayu yang mungkin dihalangi daripada berbuat demikian atas alasan dia tidak mematuhi mana-mana formaliti atau mana-mana keperluan Enakmen ini, memberi kebenaran merayu atas apa-apa syarat dan dengan apa-apa arahan kepada Hakim Mahkamah Rendah Syariah dan kepada pihak-pihak berkenaan sebagaimana yang difikirkan perlu oleh Hakim itu, supaya keadilan substansial dapat dilaksanakan dalam perkara itu, dan boleh, untuk maksud itu, memanjangkan mana-mana tempoh yang ditetapkan oleh subseksyen 138 (1) atau (4).




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.