ENAKMEN 3 TAHUN 1982
ENAKMEN PENTADBIRAN MAHKAMAH SYARIAH 1982

BAHAGIAN V - AM



Seksyen 36. Pemansuhan.

(1) Enakmen yang dinyatakan dalam Jadual Ketiga kepada Enakmen ini adalah dengan ini dimansuhkan setakat mana yang dinyatakan dalam Jadual:

Dengan syarat bahawa segala pembicaraan yang telah dimulakan di bawah Enakmen yang dengan ini dimansuhkan hendaklah berterusan seolah-olah Enakmen ini belum diluluskan.

(2) Pemansuhan ini tidak menyentuh perjalanan Enakmen yang dimansuhkan terdahulu atau apa-apa perkara yang dilakukan atau tertanggung di bawahnya atau apa-apa hak, keistimewaan, kewajipan atau liabiliti yang diperolehi, terakru atau berlaku di bawahnya.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.