ENAKMEN 10 TAHUN 1993
ENAKMEN PROSEDUR JENAYAH SYARIAH 1993

BAHAGIAN V - RAYUAN DAN MURAJA'AH
BAB XVII - RAYUAN KE MAHKAMAH RAYUAN SYARIAH



Seksyen 152. Prosedur bila pihak merayu di dalam penjara.

(1) Jika perayu berada di dalam penjara, ia hendaklah dianggap telah memenuhi keperluan seksyen 149 dan 151 jika ia memberi kepada pegawai penguasa penjara notis rayuan sama ada secara lisan atau tulisan dan butir-butir yang perlu dimasukkan di dalam petisyen rayuan di dalam tempoh yang ditetapkan oleh seksyen yang berkenaan.

(2) Pegawai penjara berkenaan hendaklah dengan segera mengemukakan notis dan petisyen berkenaan atau yang berupanya kepada Pendaftar Mahkamah Tinggi Syariah yang membuat keputusan yang hendak dirayu.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.