ENAKMEN 9 TAHUN 1983
ENAKMEN ACARA JENAYAH SYARIAH 1983

BAHAGIAN III - MAKLUMAT KEPADA PENYELIA UGAMA DAN KUASA-KUASA MEREKA MENYIASAT
BAB VI



Seksyen 56. Prosedur jika kesalahan disyaki.


(1) Jika daripada maklumat yang diterima atau dengan jalan lain seseorang Penyelia Ugama ada sebab mengesyaki perbuatan sesuatu kesalahan maka dia hendaklah, melainkan jika keslahan itu adalah dari jenis yang diarahkan oleh Pendakwa supaya tidak perlu dilaporkan kepadanya, segera menghantar satu laporan mengenainya kepada Pendakwa, dan hendaklah pergi sendiri atau hendaklah mewakilkan seorang dariapda pegawai-pegawai bawahannya pergi ketempat kejadian itu untuk menyiasat hal-hal dan keadaan kes itu dan untuk mengambil langkah-langkah yang perlu bagi mendapatkan pesalah itu:
Dengan syarat-syarat berikut -


(2) Dalam tiap-tiap satu hal yang tersebut dalam perenggan (a) dan (b) Penyelia Ugama yang menerima meaklumat itu hendaklah menyatakan dalam laporan yang tersebut itu (jika ada) sebab-sebabnya yang dia tidak menurut dengan sepenuhnya seksyen-kecil (1).





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.