ENAKMEN 3 TAHUN 1996
ENAKMEN KESALAHAN JENAYAH SYARIAH (NEGERI PULAU PINANG) 1996

BAHAGIAN VII - KECUALIAN AM



Seksyen 53. Perbuatan orang yang terpaksa oleh sebab ugutan.

(1) Tidaklah menjadi kesalahan apa-apa jua yang dilakukan oleh seseorang yang terpaksa melakukannya oleh sebab ugutan yang sedemikian sifatnya sehingga menyebabkan orang itu, bahawa jika dia tidak melakukannya dia akan mati pada masa itu juga.

(2) Kecualian di bawah subseksyen (1) tidaklah terpakai jika orang yang melakukan perbuatan itu telah meletakkan dirinya, dengan kerelaannya sendiri, dalam keadaan yang menjadikannya tertakluk kepada paksaan itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.