ENAKMEN 2 TAHUN 1984
ENAKMEN ATURCARA MAL ISLAM 1979

BAHAGIAN VI - PENYAMPAIAN



Seksyen 44. Tempat dan masa.

Penyampaian boleh disempurnakan di mana-mana tempat, pada mana-mana hari dan pada bila-bila masa siang atau malam. Penyampaian selepas 4.00 petang hendaklah disifatkan sebagai telah disempurnakan pada hari berikutnya. Penyampaian yang telah disempurnakan selepas tengahari pada hari sebelum, atau pada bila-bila masa pada, cuti minggu, atau pada mana-mana cuti umum, hendaklah disifatkan sebagai telah disempurnakan pada hari selepas cuti itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.