ENAKMEN 6 TAHUN 2004
ENAKMEN TATACARA MAL MAHKAMAH SYARIAH (NEGERI PULAU PINANG)
BAHAGIAN IV - PIHAK-PIHAK
BAB I - AM
Seksyen 21. Pindaan dan penyampaian
(1) Jika berlaku apa-apa perubahan pihak semasa mana-mana prosiding belum selesai—
(a)
tajuk prosiding itu hendaklah dipinda dengan sewajarnya; dan
(b)
dokumen prosiding itu hendaklah disampaikan kepada mana-mana orang yang ditambahkan atau digantikan sebagai defendan melainkan jika dia bersetuju untuk mengetepikan penyampaian itu.
(2) Prosiding terhadap orang yang disebut dalam perenggan (1)
(b)
hendaklah disifatkan telah dimulakan mulai tarikh penyampaian atau pengetepian itu, mengikut mana-mana yang berkenaan.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.