ENAKMEN 6 TAHUN 2004
ENAKMEN TATACARA MAL MAHKAMAH SYARIAH (NEGERI PULAU PINANG)
BAHAGIAN XVIII - PENGUATKUASAAN DAN PELAKSANAAN
BAB 2 - PENGUATKUASAAN
Seksyen 148. Penguatkuasaan penghakiman, dan sebagainya bagi pembayaran wang
(1) Tertakluk kepada Enakmen ini, suatu penghakiman atau perintah bagi pembayaran wang, selain penghakiman atau perintah bagi pembayaran wang ke dalam Mahkamah, bolehlah dikuatkuasakan melalui satu atau lebih daripada satu cara yang berikut, iaitu—
(a)
perintah penyitaan dan penjualan;
(b)
prosiding hiwalah; atau
(c)
dalam hal apabila seksyen 151 terpakai, perintah pengkomitan.
(2) Tertakluk kepada Enakmen ini, suatu penghakiman atau perintah bagi pembayaran wang ke dalam Mahkamah boleh dikuatkuasakan, dalam hal jika seksyen 151 terpakai, melalui perintah pengkomitan.
(3) Subseksyen (1) dan (2) tidaklah menjejaskan apa-apa remedi lain yang terdapat bagi menguatkuasakan suatu penghakiman atau perintah bagi pembayaran wang di bawah mana-mana undang-undang bertulis lain, atau kuasa Mahkamah untuk mengkomitkan ke penjara seseorang yang ingkar membayar wang yang telah dihakimkan atau diperintahkan supaya dibayar olehnya.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.