ENAKMEN 13 TAHUN 1993
ENAKMEN KETERANGAN SYARIAH 1993

BAHAGIAN III - PENGEMUKAAN DAN NATIJAH KETERANGAN
BAB 8 - PEMERIKSAAN SAKSI



Seksyen 111. Apa perkara yang boleh dibuktikan berhubung dengan pernyataan terbukti yang relevan di bawah seksyen 20 atau 21.

Apabila sesuatu pernyataan yang relevan di bawah seksyen 20 atau 21 dibuktikan, segala perkara boleh dibuktikan sama ada bagi menyangkal atau menyokong pernyataan itu, atau bagi mencabar atau mengesahkan kebolehpercayaan orang yang telah membuatnya itu yang mana mungkin akan dapat dibuktikan sekiranya orang itu telah dipanggil sebagai seorang saksi dan apabila diperiksa balas dia telah menafikan kebenaran perkara yang disarankan itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.