ENAKMEN 10 TAHUN 1988
KAWALAN DAN SEKATAN PENGEMBANGAN AGAMA-AGAMA BUKAN ISLAM 1988

BAHAGIAN II - KESALAHAN-KESALAHAN



Seksyen 9. Kesalahan berhubung dengan menggunakan perkataan-perkataan dan perbahasan-perbahasan tertentu yang bersumber Islam.

(1) Seseorang melakukan kesalahan jika ia, dalam apa-apa tulisan yang diterbitkan, atau dalam apa-apa ucapan atau pernyataan awam, atau dalam apa-apa ucapan atau pernyataan yang ditujukan kepada suatu perhimpunan atau dalam apa-apa ucapan atau pernyataan itu yang diterbit atau disiarkan dan yang pada masa ucapan atau pernyataan itu dibuat ia tahu atau, pada munasabahnya, patut tahu akan diterbitkan atau disiarkan, menggunakan mana-mana perkataan yang disenaraikan dalam Bahagian I Jadual, atau apa-apa terbitan atau variasinya, untuk menyatakan atau memperihalkan apa-apa fakta, kepercayaan, idea, konsep, perbuatan, altiviti, perkara, atau hal mengenai atau berkaitan dengan mana-mana agama bukan Islam.

(2) Seseorang yang bukan seorang Islam melakukan suatu kesalahan jika ia, dalam keadaan yang dinyatakan dalam seksyenkecil (1), menggunakan mana-mana perbahasan yang disenaraikan dalam Bahagian II Jadual, kecuali sebagai petikan atau rujukan.

(3) Mana-mana orang yang melakukan suatu kesalahan di bawah seksyenkecil (1) atau (2) boleh, apabila disabitkan, dikenakan denda tidak lebih daripada lima ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak lebih daripada dua tahun atau kedua-dua denda dan penjara itu.

(4) Raja dalam Mesyuarat boleh, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, meminda Jadual.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.