ENAKMEN 10 TAHUN 1993
ENAKMEN PROSEDUR JENAYAH SYARIAH 1993

BAHAGIAN V - RAYUAN DAN MURAJA'AH
BAB XVI - RAYUAN KE MAHKAMAH TINGGI SYARIAH



Seksyen 138. Memasukkan rayuan ke dalam senarai.

(1) Selepas menerima dokumen-dokumen yang disebutkan di bawah seksyen 135, Pendaftar Mahkamah Tinggi Syariah hendaklah memberi nombor rayuan dan memasukkannya ke dalam senarai rayuan untuk didengar dan memberi notis kepada pihak yang terlibat bahawa rayuan itu telah dimasukkan.

(2) Seberapa segera selepas tarikh pembicaraan ditetapkan, Pendaftar hendaklah memberi kepada pihak terlibat notis mengenai tarikh pembicaraan rayuan itu.

(3) Dalam mana-mana kes Hakim Mahkamah Tinggi Syariah boleh atas tindakannya sendiri atau atas permohonan pihak yang berkenaan dan dengan memberi notis yang munasabah kepada pihak-pihak yang terlibat, mempercepatkan atau menangguhkan pembicaraan rayuan.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.