ENAKMEN 12 TAHUN 1994
ENAKMEN KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH 1994
BAHAGIAN I - KERELEVENAN
BAB 2 - QARINAH
Iqrar
Seksyen 13. Qarinah apabila hak atau urf dipersoalkan.
Di mana soalnya ialah tentang wujudnya sesuatu hak atau urf maka fakta yang berikut adalah qarinah:
(a) apa-apa transaksi dengannya hak atau urf yang berkenaan itu telah diwujudkan, dituntut, diubahsuai, diiktiraf, ditegaskan atau dinafikan atau yang tidak konsisten dengan wujudnya hak atau urf itu;
(b) hal-hal tertentu dalam mana hak atau urf itu telah dituntut, diiktiraf atau digunakan atau dalam mana penggunaan hak atau urf itu telah dipertikaikan, ditegaskan atau diselewengkan.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.