ENAKMEN 4 TAHUN 1996
ENAKMEN ACARA JENAYAH SYARIAH (NEGERI PULAU PINANG) 1996

BAHAGIAN VI - RAYUAN DAN PENYEMAKAN
BAB 2 - RAYUAN KE MAHKAMAH RAYUAN SYARIAH



Seksyen 165. Penghakiman hendaklah diperakui kepada Mahkamah yang membicarakan.

(1) Apabila sahaja sesuatu kes jenayah diputuskan semasa rayuan, Mahkamah Rayuan Syariah hendaklah memperakui penghakiman atau perintahnya kepada Mahkamah yang membicarakan.

(2) Mahkamah yang membicarakan kemudiannya, hendaklah membuat apa-apa perintah yang sesuai dengan penghakiman atau perintah Mahkamah Rayuan Syariah itu dan, jika perlu, rekod hendaklah dipinda.

(3) Apabila sesuatu rayuan itu ditarik balik atau diberhentikan, Ketua Pendaftar Mahkamah Rayuan Syariah hendaklah memaklumkan kepada Mahkamah yang membicarakan sewajarnya dan, sekiranya apa-apa penggantungan pelaksanaan telah diberi, hukuman atau perintah Mahkamah yang membicarakan hendaklah dikuatkuasakan dengan serta-merta, tetapi tiada apa-apa dalam subseksyen ini boleh disifatkan sebagai menghad atau membataskan kuasa untuk melanjutkan masa yang diberi kepada Mahkamah Rayuan Syariah oleh seksyen 158.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.