ENAKMEN 6 TAHUN 2004
ENAKMEN TATACARA MAL MAHKAMAH SYARIAH (NEGERI PULAU PINANG)
BAHAGIAN XXV - PELBAGAI
Seksyen 246. Jawatankuasa Kaedah-kaedah
(1) Maka hendaklah ditubuhkan suatu Jawatankuasa yang dinamakan Jawatankuasa Kaedah-kaedah Mahkamah Syariah yang terdiri daripada—
(a)
Ketua Hakim Syarie yang hendaklah menjadi Pengerusi;
(b)
seorang wakil Majlis Agama Islam Negeri;
(c)
seorang wakil dari Pejabat Penasihat Undang-undang Negeri;
(d)
seorang wakil Peguam Syarie; dan
(e)
dua orang anggota lain yang dilantik oleh Ketua Hakim Syarie.
(2) Anggota yang dilantik di bawah perenggan (1)
(e)
hendaklah memegang jawatan selama tempoh dua tahun dan layak dilantik semula.
(3) Ketua Pendaftar Mahkamah Syariah hendaklah menjadi Setiausaha Jawatankuasa.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.