ENAKMEN 6 TAHUN 2004
ENAKMEN KELUARGA ISLAM (PERAK) 2004
BAHAGIAN IX - PENALTI
Seksyen 131. Percubaan menjadi murtad untuk membatalkan perkahwinan
Mana-mana orang yang tidak suka akan suami atau isterinya dan dengan perdayaan cuba menjadikan dirinya murtad untuk membatalkan perkahwinannya adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi setahun.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.