ENAKMEN 5 TAHUN 1990
ENAKMEN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM 1990

BAB II - PERKAHWINAN



Seksyen 14. Perkahwinan seseorang perempuan.

(1) Tiada seseorang perempuan boleh, dalam masa perkahwinannya dengan seorang lelaki berterusan, berkahwin dengan seseorang lelaki lain.

(2) Jika perempuan itu adalah seorang janda-

(3) Jika perempuan itu mendakwa telah bercerai sebelum dia telah disetubuhi oleh suaminya dalam perkahwinan itu, ia tidak boleh, dalam masa iddah perceraian biasa, berkahwin dengan seseorang yang lain daripada suaminya yang dahulu itu, kecuali dengan kebenaran Hakim Syar'i yang mempunyai bidang kuasa di tempat perempuan itu bermastautin.

(4) Jika perempuan itu adalah seorang balu-


(5) Jika seseorang perempuan yang telah dihukum cerai atau Fasakh oleh Mahkamah dan perkara itu telah dibawa ke Mahkamah Rayuan, maka ia tidak boleh bernikah dengan mana-mana lelaki sementara menunggu keputusan Mahkamah Rayuan.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.