ENAKMEN 9 TAHUN 1983
ENAKMEN ACARA JENAYAH SYARIAH 1983

BAHAGIAN IV - PROSIDING DALAM PENDUAAN
BAB XI - PERUNTUKAN-PERUNTUKAN AM DENGAN PENYIASATAN DAN PEMBICARAAN



Seksyen 110. Prosedur bila tiada faham prosiding.


Jika orang yang dituduh tidak faham prosiding itu, sungguhpun dia tidak gila, maka Mahkamah bolehlah meneruskan pembicaraan itu dan, jika pembicaraan itu berakhir dengan suatu sabitan, maka prosiding itu hendaklah dikemukakan kepada Mahkamah Rayuan Syariah dengan suatu laporan berkenaan dengan keadaan-keadaan kes itu, dan Mahkamah Rayuan Syariah itu hendaklah mencatatkan di dalamnya perintah itu atau menjatuhkan hukuman sebagaimana yang difikirkan patut.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.