ENAKMEN 7 TAHUN 1993
ENAKMEN PENTADBIRAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM NEGERI PULAU PINANG

BAHAGIAN X - AM



Seksyen 108. Pengecualian kaedah dan perlantikan.

Semua kaedah-kaedah, perisytiharan, perintah notis, borang, surat kebenaran dan perlantikan yang dikeluarkan atau dibuat di bawah atau menurut kuasa mana-mana undang-undang bertulis yang dimansuhkan oleh Enakmen ini hendaklah terus berkuatkuasa, setakat ianya tidak bertentangan dengan atau digantikan dengan peruntukan-peruntukan Enakmen ini, sehingga dibatal atau diganti oleh kaedah-kaedah, perisytiharan, perintah, notis, borang, surat kebenaran, atau perlantikan yang dikeluarkan atau dibuat di bawah peruntukan-peruntukan Enakmen ini.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.