ENAKMEN 8 TAHUN 1990
ENAKMEN KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH 1989

BAHAGIAN II - MENGENAI BUKTI
Bab V - KETERANGAN SURATAN
ANGGAPAN-ANGGAPAN TENTANG SURATAN-SURATAN



Seksyen 65. Anggapan tentang peta-peta atau pelan-pelan yang dibuat dengan kuasa kerajaan.

Mahkamah hendaklah menganggap bahawa peta-peta atau pelan-pelan yang berupa sebagai dibuat dengan kuasa Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan mana-mana Negeri telah dibuat demikian itu dan adalah betul.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.