ENAKMEN 4 TAHUN 1994
ENAKMEN MAHKAMAH SYARIAH 1993

BAHAGIAN II - MAHKAMAH SYARIAH



Seksyen 17. Keanggotaan Mahkamah Rayuan Syariah.

(1) Sesuatu rayuan dalam Mahkamah Rayuan Syariah hendaklah didengar dan dibereskan oleh Ketua Hakim Syarie yang hendaklah menjadi Pengerusi tiap-tiap prosiding, yang bersidang bersama-sama dengan seorang Hakim Syarie dan seorang Hakim Mahkamah Rayuan Syariah yang dilantik di bawah perenggan (c) seksyen 5, yang dipilih olehnya.

(2) Sekiranya Ketua Hakim Syarie tidak dapat menjalankan tugasnya maka prosiding Mahkamah Rayuan Syariah itu hendaklah dipengerusikan oleh Hakim Syarie yang terkanan sekali di antara mereka dan Hakim Syarie tersebut hendaklah mendengar dan membereskan sesuatu rayuan itu bersama-sama dengan seorang Hakim Syarie lain dan seorang Hakim Mahkamah Rayuan yang dilantik di bawah perenggan
(c) seksyen 5, yang hendaklah dipilih oleh Hakim Syarie yang terkanan itu.

(3) Walau apapun yang terkandung dalam subseksyen (1) dan (2) Ketua Hakim Syarie atau Hakim Syarie yang terkanan itu, mengikut mana yang berkenaan, tidaklah boleh memilih seseorang Hakim Syarie untuk mendengar sesuatu rayuan di Mahkamah Rayuan Syariah sekiranya rayuan itu adalah terhadap keputusan Hakim Syarie tersebut.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.