ORDINAN 6 TAHUN 1991
ORDINAN KESALAHAN JENAYAH SYARIAH

BAHAGIAN II - KESALAHAN



Seksyen 32. Menghina Agama Islam.

Seseorang dengan cara lisan atau tulisan atau kelakuan yang nyata atau sebarang cara yang membawa kepada mencerca atau menghina Agama Islam, perjalanan mana-mana Mazhab yang muta'bar, Pegawai Agama, Guru Agama dan Imam yang dilantik dengan sahnya menurut undang-undang, mana-mana Fatwa yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Fatwa di bawah peruntukan Ordinan Majlis Islam (Perbadanan) [Bab 105.] adalah bersalah atas suatu kesalahan dan hendaklah, apabila disabitkan, dikenakan hukuman denda tidak melebihi dua ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya sekali.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.