ENAKMEN 7 TAHUN 1991
ENAKMEN KANUN PROSEDUR MAL SYARIAH SELANGOR 1991

BAHAGIAN XIX - PERLAKSANAAN



Seksyen 149. Penyata.

(1) Bailif hendaklah membuat penyata dalam borang yang ditetapkan mengenai tiap-tiap perintah perlaksanaan sesudah sahaja ia menyempurnakan perlaksanaan itu dan hendaklah menyerahkan satu salinan penyata itu kepada pemiutang penghakiman.

(2) Pemiutang penghakiman berhak memeriksa dan menyalin mana-mana senarai penyata harta, akaun penjualan, baucer, atau lain-lain dokumen mengenai perlaksanaan itu.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.