ENAKMEN 9 TAHUN 1993
ENAKMEN PROSEDUR MAL SYARIAH 1993

BAHAGIAN XX - PEMBAHAGIAN KADAR



Seksyen 157. Hasil jualan dibahagi secara kadar kepada penghutang penghakiman.

(1) Apabila sesuatu aset dihasilkan melalui penjualan atau sebaliknya semasa melaksanakan sesuatu perintah atau penghakiman dan lebih dari seorang telah, sebelum penghasilan itu, menahan harta yang darinya aset itu telah dihasilkan di dalam melaksanakan perintah atau penghakiman bagi pembayaran wang terhadap penghutang penghakiman itu dan belum mendapat penyelesaian dari aset itu, aset itu setelah dipotong kos penghasilannya hendaklah dibahagi atas kadar di antara orang-orang itu dengan syarat-syarat berikut -
(2) Jika semua ataupun mana-mana aset yang telah dibahagikan secara kadar di bawah seksyen ini telah dibayar kepada seorang yang tidak berhak menerimanya, seseorang yang berhak boleh menuntut daripada orang itu supaya mengembalikan aset itu.

(3) Tiada apa-apa di dalam seksyen ini boleh membasmi atau menangguhkan tuntutan di bawah undang-undang bertulis lain yang seharusnya diberi keutamaan.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.