ENAKMEN 12 TAHUN 1994
ENAKMEN KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH 1994

BAHAGIAN II - MENGENAI BUKTI
BAB 5 - KETERANGAN DOKUMENTAR
Anggapan tentang dokumen



Seksyen 63. Anggapan tentang dokumen yang dikemukakan sebagai rekod keterangan.

Apabila dikemukakan di hadapan mana-mana Mahkamah sesuatu dokumen yang berupa sebagai suatu rekod atau memorandum keterangan atau mengenai mana-mana bahagian keterangan yang telah diberi oleh seorang saksi di dalam sesuatu prosiding kehakiman atau di hadapan seseorang pegawai yang diberi kuasa oleh undang-undang bagi mengambil keterangan itu atau yang berupa sebagai suatu iqrar oleh seseorang banduan atau seseorang yang dituduh, yang telah diambil mengikut undang-undang dan yang berupa sebagai ditandatangani oleh seseorang Hakim Syariah, Hakim Mahkamah Tinggi, Hakim Mahkamah Sesyen, atau Majistret atau oleh seseorang pegawai sebagaimana yang tersebut di atas, maka Mahkamah hendaklah menganggap-





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.