ENAKMEN 4 TAHUN 2001
ENAKMEN TATACARA MAL MAHKAMAH SYARIAH (TERENGGANU) 2001
BAHAGIAN XVIII - PENGUATKUASAAN DAN PERLAKSANAAN
BAB 3 - PERLAKSANAAN
Seksyen 163. Penyitaan dan penghantarserahan.
Jika pelaksanaan melalui penyitaan dan penghantarserahan sesuatu barang diperintahkan -
(a)
bailif hendaklah menyita barang itu dan setelah dibayar semua perbelanjaan yang kena dibayar, hendaklah menghantarserahkannya kepada pemiutang penghakiman;
(b)
perintah pelaksanaan itu boleh, jika pemiutang penghakiman berhasrat sedemikian, memerintahkan bahawa jika barang itu tidak ditemui, nilainya seperti yang terdapat dalam penghakiman asal itu atau atas permohonan yang kemudian kepada Mahkamah hendaklah dilevikan;
(c)
perintah di bawah perenggan
(b)
tidaklah menghalang prosiding untuk pengkomitan.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.