ENAKMEN 4 TAHUN 1994
ENAKMEN MAHKAMAH SYARIAH 1993

BAHAGIAN IV - PELBAGAI



Seksyen 28. Pertukaran nama Mahkamah Kadi.

(1) Apabila sahaja mula berkuatkuasanya Enakmen ini, Mahkamah Kadi hendaklah dikenali sebagai Mahkamah Rendah Syariah dan hendaklah disifatkan sebagai Mahkamah Rendah Syariah yang ditubuhkan di bawah seksyen 3.

(2) Orang-orang yang sebaik sahaja sebelum berkuatkuasa seksyen ini memegang jawatan di bawah subseksyen (1) seksyen 18 Enakmen Mahkamah Syariah 1983 dan melaksanakan fungsi-fungsi kehakiman bolehlah, apabila mula berkuatkuasanya seksyen ini, terus memegang jawatan sebagai Hakim Mahkamah Rendah Syariah seolah-olah mereka telah dilantik di bawah seksyen 7.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.