ENAKMEN 7 TAHUN 1991
ENAKMEN ACARA MAL MAHKAMAH SYARIAH (NEGERI MELAKA) 1991

BAHAGIAN XXIII - PROSIDING BANTAHAN



Seksyen 181. Perbicaraan.

(1) Kecuali jika harta itu dilepaskan seperti tersebut, Mahkamah hendaklah memberi kepada si piutang perlaksanaan dan pembantah suatu notis pembicaraan bantahan itu tidak kurang daripada dua hari genap dan bantahan itu hendaklah dibicara dan diputuskan seperti juga ia adalah suatu tindakan di mana pembantah adalah pihak menuntut dan si piutang perlaksanaan pihak kena tuntut.

(2) Bailif tidak perlu menjadi salah satu pihak dalam prosiding ini kecuali jika Mahkamah mengarah sedemikian.

(3) Jika Mahkamah memutuskan bagi pihak pembantah, harta itu hendaklah diserahkan kepadanya dan atas permintaannya, Mahkamah bolehlah menghukumkan suatu jumlah berpatutan sebagai ganti rugi kerana kehilangan penggunaan, kelusuhan atau kerosakan harta itu dan kos prosiding bantahan itu. Jika harta itu telah dijual, Mahkamah hendaklah menghukumkan nilai yang sebenarnya harta itu yang mungkin akan melebihi jumlah yang terdapat dari penjualan dan kos.

(4) Jika Mahkamah tidak memutuskan bagi pihak pembantah ia boleh menghukum pada si piutang perlaksanaan apa-apa perbelanjaan tambahan yang telah dilakukan dalam perlaksanaan oleh sebab bantahan itu dan kos perbicaraan bantahan, dan perlaksanaan itu hendaklah diteruskan.

(5) Jika pembantah tidak menuntut hak ke atas harta itu tetapi menuntut kepentingan ke atasnya, Mahkamah boleh memerintahkan penjualan harta itu atau membuat perintah sepertimana yang difikirkan patut.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.