ENAKMEN 3 TAHUN 2002
ENAKMEN PENGAWALAN SEKOLAH-SEKOLAH AGAMA ISLAM (MELAKA) 2002
BAHAGIAN VII - PELBAGAI
Seksyen 31. Kesalahan oleh pertubuhan perbadanan.
Jika suatu pertubuhan perbadanan melakukan suatu kesalahan di bawah Enakmen ini —
(a)
mana-mana orang yang,pada masa kesalahan itu dilakukan, merupakan pengarah, pengurus, setiausaha atau pegawai yang seumpamanya bagi pertubuhan perbadanan itu, boleh didakwa secara berasingan atau bersesama dalam prosiding yang sama dengan pertubuhan perbadanan itu; dan
(b)
tiap-tiap pengarah, pengurus, setiausaha atau pegawai yang seumpamanya bagi pertubuhan perbadanan itu yang, dalam apa-apa cara, melalui perbuatan atau peninggalan secara langsung atau tak langsung, terlibat dengan atau menjadi pihak dalam pelakuan kesalahan itu hendaklah disifatkan telah melakukan kesalahan itu melainkan jika dia membuktikan bahawa kesalahan itu telah dilakukan tanpa pengetahuan atau pembiarannya atau bahawa dia telah mengambil segala langkah berjaga-jaga yang munasabah atau bahawa dia telah mengambil segala usaha yang wajar bagi mengelakkan kesalahan itu daripada berlaku.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.