ORDINAN 5 TAHUN 1991
ORDINAN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM 1991

BAHAGIAN VI - NAFKAH ISTERI, ANAK DAN LAIN-LAIN



Seksyen 61. Kuasa Mahkamah memerintahkan cagaran diberi bagi nafkah.

Mahkamah boleh, apabila menentukan nafkah, memerintahkan orang yang bertanggungan membayar nafkah itu supaya memberi cagaran bagi kesemua atau mana-mana bahagian daripadanya dengan meletakhak apa-apa harta pada pemegang-pemegang amanah sebagai amanah supaya membayar nafkah itu atau sebahagiannya daripada pendapatan harta itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.