ENAKMEN 2 TAHUN 1991
ENAKMEN KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH 1991

BAHAGIAN III - PENGEMUKAAN DAN NATIJAH KETERANGAN
BAB 8 - PEMERlKSAAN SAKSI



Seksyen 90. Mahkamah memutuskan sama ada keterangan boleh diterima.

(1) Apabila mana-mana pihak bercadang hendak memberi keterangan mengenai sesuatu nyataan, Mahkamah bolehlah bertanya kepada pihak yang bercadang hendak memberi keterangan itu bagaimanakah nyataan yang dikatakan itu, jika dibuktikan, akan menjadi berkaitan dan Mahkamah hendaklah menerima keterangan itu hanya jika difikirkannya bahawa nyataan itu, jika dibuktikan, akan menjadi berkaitan dan tidak selainya.

(2) Jika nyataan yang dicadang hendak dibuktikan itu adalah satu nyataan yang keterangan mengenainya boleh diterima hanya setelah sesuatu nyataan lain dibuktikan, maka nyataan yang kemudian tersebut itu mestilah dibuktikan sebelum keterangan diberi mengenai nyataan yang mula-mula tersebut itu, melainkan jika pihak itu sanggup hendak membuktikan nyataan itu dan Mahkamah puashati dengan kesanggupan itu.

(3) Jika perkaitan satu nyataan yang dikatakan adalah bergantung kepada terbuktinya terlebih dahulu suatu nyataan lain yang dikatakannya, maka Mahkamah boleh, menurut budibicaranya, sama ada membenarkan keterangan mengeriai nyataan yang pertama itu diberi sebelum nyataan yang kedua itu dibuktikan, ataupun menghendaki supaya keterangan diberi mengenai nyataan yang kedua itu sebelum keterangan diberi mengenai nyataan yang pertama itu.

MISALAN-MISALAN




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.