ENAKMEN 8 TAHUN 1991
ENAKMEN KETERANGAN SYARIAH NEGERI SEMBILAN 1991

BAHAGIAN III - PENGEMUKAAN DAN NATIJAH KETERANGAN
BAB 8 - Pemeriksaan Saksi



Seksyen 90. Mahkamah akan memutuskan kebolehterimaan keterangan.

(1) Apabila salah satu pihak bercadang hendak memberi keterangan mengenai sesuatu fakta, mahkamah bolehlah bertanya kepada pihak yang bercadang hendak memberi keterangan itu bagaimana fakta yang dikatakan itu, jika dibuktikan, akan menjadi relevan; dan mahkamah hendaklah menerima keterangan itu jika difikirkannya bahawa fakta itu, jika dibuktikan, akan menjadi relevan, dan tidak selainnya.

(2) Jika fakta yang dicadang hendak dibuktikan itu adalah satu fakta yang keterangan mengenainya boleh diterima hanya setelah sesuatu fakta lain dibuktikan, maka fakta yang kemudian tersebut itu mestilah dibuktikan sebelum keterangan diberi mengenai fakta yang pertama tersebut itu, melainkan jika pihak itu sanggup membuktikan fakta itu dan mahkamah puas hati dengan kesanggupan itu.

(3) Jika kerelevanan sesuatu fakta yang dikatakan bergantung kepada terbuktinya terlebih dahulu suatu fakta lain yang dikatakan, maka mahkamah boleh, menurut budi bicaranya sama ada membenarkan keterangan mengenai fakta yang pertama itu diberi sebelum fakta yang kedua itu dibuktikan, ataupun menghendaki supaya keterangan diberi mengenai fakta yang kedua itu sebelum keterangan diberi mengenai fakta yang pertama itu.

MISALAN




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.