ENAKMEN 10 TAHUN 1993
ENAKMEN PROSEDUR JENAYAH SYARIAH 1993

BAHAGIAN VII - PERKARA AM
BAB XXVII - PERKARA AM



Seksyen 218. Orang yang dibebaskan atas jaminan hendaklah memberi alamat.

Jika seseorang dibebaskan atas jaminan, ia hendaklah memberi kepada Mahkamah atau pegawai yang membenarkan jaminan itu dibuat, alamat di mana semua notis dan proses Mahkamah boleh disampaikan kepadanya dan jika orang itu tidak dijumpai atau atas sebab-sebab lain penyampaian notis atau proses Mahkamah tidak dapat dibuat kepadanya, notis atau proses Mahkamah yang ditinggalkan untuk orang itu di alamat yang diberi olehnya hendaklah dianggap sebagai telah disampaikan kepadanya dengan sempurna.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.