ENAKMEN 3 TAHUN 1997
ENAKMEN KANUN PROSEDUR JENAYAH SYARIAH 1997

BAHAGIAN VI - DARIHAL RAYUAN DAN PENYEMAKAN
BAB 3 - DARIHAL PENYEMAKAN



Seksyen 170. Kuasa semasa penyemakan.

(1) Jika dalam menjalankan bidang kuasa penyemakannya, Mahkamah meminta supaya rekod prosiding atau rekod itu dirujukkan kepadanya, Mahkamah boleh menjalankan mana-mana kuasa yang diberikan oleh seksyen 141, 145, 146 dan 147.

(2) Tiada perintah di bawah seksyen ini boleh dibuat yang memudaratkan tertuduh melainkan jika dia telah diberi peluang untuk didengar, sama ada sendiri atau melalui Peguam Syar'inya, dan membela dirinya sendiri.

(3) Tiada apa-apa jua dalam seksyen ini boleh disifatkan memberikuasa kepada Mahkamah yang menjalankan bidang kuasa penyemakan untuk mengubah suatu dapatan pembebasan kepada sabitan.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.