ENAKMEN 2 TAHUN 1989
ENAKMEN PENTADBIRAN PERUNDANGAN ISLAM 1989

BAHAGIAN II - MAJLIS AGAMA ISLAM SELANGOR
Pihak Berkuasa Dalam Hal Ehwal Agama.



Seksyen 28. Kuasa Majlis dalam hal ehwal Agama.

Majlis hendaklah membantu dan menasihati Duli Yang Maha Mulia Sultan berkenaan dengan semua perkara yang berhubung dengan Agama Islam, kecuali perkara Hukum Syara' dan yang berhubung dengan Pentadbiran Keadilan, setakat yang mengenai Negeri dan dalam semua perkara tersebut, hendaklah menjadi pihak berkuasa utama dalam Negeri Selangor selepas Duli Yang Maha Mulia Sultan, kecuali jika diperuntukkan sebaliknya dalam Enakmen ini atau mana-mana Enakmen yang berhubung dengan Agama Islam.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.