ORDINAN 41 TAHUN 2001
ORDINAN MAJLIS ISLAM SARAWAK, 2001

BAHAGIAN V - PENUBUHAN LEMBAGA BAITULMAL DAN WAKAF, BAITULMAL, WAKAF DAN NAZR
Penyiaran senarai harta, dsb. dan penyimpanan akaun-akaun berasingan dalam Baitulmal



Seksyen 55. Penyiaran senarai harta, dsb. dan penyimpanan akaun-akaun berasingan dalam Baitulmal.

(1) Dengan seberapa segera yang mungkin selepas 31 haribulan Disember tiap-tiap tahun, Majlis hendaklah menyedia dan mengemukakan kepada Menteri suatu senarai tentang semua harta, pelaburan dan aset yang terletak hak pada Majlis, dengan tertakluk kepada mana-mana amanah, wakaf atau nazr dan yang tidak menjadi sebahagian daripada Baitulmal.

(2) Maka hendaklah dibayar ke dalam Baitulmal-
tetapi wang itu, atau harta modal dan aset atau pendapatan daripadanya, hendaklah masing-masingnya dimasukkan ke dalam akaun berasingan Baitulmal itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.