ENAKMEN 2 TAHUN 1984
ENAKMEN ATURCARA MAL ISLAM 1979

BAHAGIAN XXX - KOS, ELAUN DAN FEE MAHKAMAH



Seksyen 230. Saksi pakar.

(1) Seorang yang perlu menghadiri Mahkamah sebagai saksi pakar boleh dibenarkan fee kerana kelayakan menjadi seorang pakar dan kerana memberi keterangan, tetapi feenya tidak boleh melebihi $50.00 kerana kelayakannya dan $25.00 bagi tiap-tiap hari ia hadir di Mahkamah kecuali atas alasan-alasan yang istimewa.

(2) Bagi maksud seksyen ini dan seksyen 229 keperluan menghadiri Mahkamah hendaklah ditentukan mengikut lamanya sesuatu perbicaraan itu biasa dijalankan. Kehadirannya boleh menjadi perlu walaupun saksi itu tidak sebenarnya dipanggil dan walaupun sapina tidak dikeluarkan kepadanya.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.