ENAKMEN 7 TAHUN 1999
ENAKMEN WAKAF (NEGERI SELANGOR) 1999
BAHAGIAN II - PEWUJUDAN WAKAF
Seksyen 10. Sekatan ke atas wakaf khas.
Sesuatu wakaf khas yang dibuat selepas mula berkuat kuasanya Enakmen ini hendaklah batal dan tidak sah melainkan jika-
(a)
Duli Yang Maha Mulia Sultan, atas nasihat Majlis, dengan nyata memperkenan dan mengesahkannya; atau
(b)
ia telah dibuat semasa waqif dalam keadaan marad al-maut dan kemudiannya meninggal dunia akibat sakit itu dan dengan syarat ia telah dibuat melalui sighah di hadapan dua orang saksi.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.