ENAKMEN 8 TAHUN 1991
ENAKMEN KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH (NEGERI MELAKA) 1991
BAHAGIAN II - MENGENAI BUKTI
BAB 5 - KETERANGAN SURATAN
SURATAN AWAM
Seksyen 57. Suratan awam.
Suratan yang berikut adalah suratan awam-
(a)
Suratan yang mengandungi tindakan atau rekod tindakan-
(i) kuasa pemerintah;
(ii) badan rasmi dan badan pengadilan; dan
(iii) Pegawai awam dari bahagian perundangan, kehakiman dan pemerintah, sama ada bagi Persekutuan, atau bagi mana-mana negeri di dalam Persekutuan atau negara di luar Malaysia; dan
(b)
rekod awam yang disimpan di Malaysia mengenai suratan sendirian.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.