ENAKMEN 3 TAHUN 1989
ENAKMEN ACARA JENAYAH SYARIAH 1988

BAHAGIAN VI - PERUNTUKAN-PERUNTUKAN TAMBAHAN
Bab XXVII - AM



Seksyen 199. Peruntukan-peruntukan untuk membayar wang sebagai kos atau pampasan.

(1) Tertakluk kepada peruntukan-peruntukan Enakmen ini, apabila seseorang di bawah Enakmen ini, oleh kerana apa-apa sebab, diperintahkan membayar sejumlah wang dengan cara kos atau pampasan, Mahkamah yang membuat perintah tersebut boleh atas budibicaranya membuat semua atau mana-mana daripada perkara-perkara berikut, terutamanya-
Dengan syarat wang tersebut tidak boleh digunakan jika Mahkamah berpuas hati bahawa wang itu bukan kepunyaan orang yang mana wang itu terdapat padanya atau kehilangan wang itu akan lebih menyusahkan keluarganya daripada ia dipenjarakan.

(2) Tempoh bagi Mahkamah mengarahkan orang tersebut dipenjarakan kerana gagal membayar bagi menjelaskan wang tersebut tidaklah boleh melebihi sekil yang berikut-

Jika wang kena dibayar tidak melebihi $25.00

satu bulan.
Jika wang yang kena dibayar melebihi $25.00 tetapi tidak melebihi $50.00

dua bulan.
Dalam kes-kes lain

empat bulan.
(3) Tertakluk kepada peruntukan-peruntukan Enakmen ini hukuman penjara yang dikenakan oleh Mahkamah di bawah seksyen ini hendaklah terhenti apabila wang dibayar.

(4) Tetapi sebelum berakhir tempoh penjara sebahagian daripada wang dibayar dan tempoh bagi penjara adalah tidak kurang daripada kadar bahagian wang yang masih lagi tidak dibayar, maka hukuman penjara itu hendaklah tamat.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.