ORDINAN 41 TAHUN 2001
ORDINAN MAJLIS ISLAM SARAWAK, 2001

BAHAGIAN I - PERMULAAN



Seksyen 2. Tafsiran.

(1) Dalam Ordinan ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain-

"anak kariah" ertinya seseorang yang tinggal tetap atau pada kelazimannya bermukim dalam sesuatu kariah masjid;

"Baitulmal" ertinya kumpulan wang yang ditubuhkan di bawah seksyen 45;

"emolumen" ertinya gaji atau upah dan segala saraan berupa wang yang kena dibayar kepada seseorang pekerja dan termasuklah gaji pokok, imbuhan tetap, bayaran insentif dan elaun-elaun bulanan lain;

"fatwa" ertinya fatwa yang dikeluarkan di bawah seksyen 37 oleh Majlis;

"fitrah" ertinya sukatan beras atau nilaiannya yang setara dengan wang yang kena dibayar di bawah hukum agama Islam atau Undang-Undang Islam pada tiap-tiap tahun oleh setiap orang Islam dalam bulan Ramadan untuk digunakan bagi maksud agama atau khairat yang diakui oleh Undang-Undang Islam;

"harta" ertinya segala harta, alih atau tak alih, dan termasuklah semua tanah, harta pusaka, kepentingan, isemen dan hak, sama ada berekuiti atau di sisi undang-undang, dalam, kepada atau daripada harta, dan benda-benda dalam tindakan;

"Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan" ertinya jawatankuasa yang ditubuhkan oleh Majlis Raja-Raja di bawah peraturan 11 peraturan-peraturan Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam, Malaysia;

"kariah masjid", berhubungan dengan sesuatu masjid, ertinya kawasan, yang mana sempadannya ditetapkan di bawah seksyen 60, yang di dalamnya masjid itu terletak;

"Kerajaan" ertinya Kerajaan Negeri Sarawak;

"Lembaga" ertinya Lembaga Baitulmal dan Wakaf, Lembaga Fatwa, Lembaga Hal-Ehwal Islam dan Adat Melayu dan Lembaga Masjid-Masjid yang masing-masingnya ditubuhkan di bawah Ordinan ini, dan apabila rujukan kepada Lembaga itu dibuat secara berasingan ia merujuk kepada, dan bererti, Lembaga yang dirujukkan itu sahaja;

"mahkamah" ertinya mana-mana mahkamah di dalam Persekutuan yang ditubuhkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis;

"majikan" ertinya orang yang dengannya seseorang pekerja telah mengikat kontrak perkhidmatan atau perantisan dan termasuklah-

"Majlis" ertinya Majlis Islam Sarawak yang ditubuhkan di bawah seksyen 3;

"Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri" ertinya badan yang dibentuk di bawah Perkara 6(1) Perlembagaan Negeri Sarawak [G.N.S. 163/63 (Cetakan Semula 1981)] untuk menasihati Yang di-Pertua Negeri pada menjalankan fungsi-fungsinya;

"Majlis terdahulu" ertinya Majlis Islam yang ditubuhkan di bawah Ordinan dimansuhkan;

"masjid" ertinya sesuatu bangunan-

dan termasuklah mana-mana surau atau bangunan lain yang ditetapkan oleh Majlis sebagai masjid di bawah seksyen itu; "Menteri" ertinya Menteri yang pada masa itu dipertanggungkan dengan tanggungjawab atas Majlis;

"Mufti" ertinya Mufti yang dilantik di bawah seksyen 35;

"nazr" ertinya sesuatu iqrar yang dilafazkan secara bertulis dan disempurnakan dengan wajar mengikut Undang-Undang Islam untuk melakukan apa-apa perbuatan atau mewakafkan harta bagi apa-apa maksud yang dibenarkan oleh Undang-Undang Islam;

"nazr am" ertinya sesuatu nazr yang dimaksudkan keseluruhannya atau sebahagiannya bagi faedah masyarakat Islam pada amnya atau mana-mana bahagian masyarakat Islam, dan bukan bagi individu atau individu-individu;

"Negeri" ertinya Negeri Sarawak;

"orang Islam" ertinya-

"Ordinan dimansuhkan" ertinya Ordinan Majlis Islam (Pemerbadanan) [Bab 105 (Cetakan 1972)];

"Ordinan ini" ertinya Ordinan Majlis Islam Sarawak, 2001 [Bab 41];

"pegawai masjid" ertinya Imam, Khatib, Bilal atau Marbot, mengikut mana-mana yang berkenaan, sesuatu masjid pada ketika itu;

"pemeluk agama Islam" ertinya seseorang yang baru memeluk agama Islam mengikut seksyen 68;

"Setiausaha" ertinya Setiausaha Majlis yang disebut dalam seksyen 23 yang hendaklah juga menjadi Setiausaha kepada semua Lembaga;

"tarikh ditetapkan" ertinya tarikh atau tarikh-tarikh yang ditetapkan oleh Yang di-Pertua Negeri di bawah seksyen 1;

''undang-undang bertulis" ertinya mana-mana undang-undang bertulis yang terpakai bagi orang-orang yang menganut agama Islam di dalam Negeri;

"Undang-Undang Islam" ertinya Undang-Undang Islam mengikut Mazhab Shafie atau mengikut mana-mana satu Mazhab Maliki, Hanbali atau Hanafi sebagaimana yang ditetapkan oleh Majlis;

"wakaf am" ertinya suatu wakaf yang berkekalan atas modal dan pendapatan daripada harta bagi maksud-maksud agama atau khairat yang diiktiraf oleh Undang-Undang Islam dan harta yang diwakafkan sedemikian;

"wakaf khas" ertinya suatu wakaf yang berkekalan, atau bagi suatu tempoh tertentu, atas harta modal bagi maksud-maksud agama atau khairat yang diiktiraf oleh Undang-Undang Islam dan harta yang diwakafkan sedemikian, yang manfaat dan faedah daripadanya diberikan kepada orang-orang tertentu atau bagi maksud-maksud yang ditetapkan dalam wakaf itu;

"Yang Dipertua" ertinya Yang Dipertua Majlis yang dilantik di bawah seksyen 11;

"zakat" ertinya cukai daripada harta dan pendapatan seseorang orang Islam yang kena dibayar mengikut Undang-Undang Islam.

(2) Dalam Ordinan ini, sebutan mengenai Yang di-Pertua Negeri hendaklah ditafsirkan sebagai sebutan mengenai Yang di-Pertua Negeri yang bertindak mengikut nasihat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri atau nasihat seseorang anggotanya yang bertindak di bawah kuasa am Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri itu.

(3) Semua perkataan dan ungkapan yang digunakan dalam Ordinan ini dan tidak ditakrifkan dalam Ordinan ini tetapi ditakrifkan dalam Ordinan Tafsiran [Bab 1 (Edisi 1958)] atau dalam mana-mana undang-undang bertuIis yang sedang berkuat kuasa hendaklah mempunyai erti yang diberikan kepadanya masing-masing dalam Ordinan atau undang-undang bertulis itu setakat yang ertinya itu tidak bercanggah dengan Undang-Undang Islam.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.