ENAKMEN 7 TAHUN 1993
ENAKMEN PENTADBIRAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM NEGERI PULAU PINANG

BAHAGIAN V - PENDAKWAAN, PENGUATKUASAAN DAN PERWAKILAN



Seksyen 61. Pendakwa syarie.

(1) Yang di-Pertuan Agong bolehlah atas nasihat Majlis melantik seorang yang berkelayakan untuk dilantik sebagai Hakim Mahkamah Tinggi Syariah menjadi Ketua Pendakwa Syarie.

(2) Ketua Pendakwa Syarie hendaklah mempunyai kuasa yang boleh dijalankan mengikut budibicaranya untuk memulakan, menjalankan atau tidak meneruskan mana-mana prosiding bagi sesuatu kesalahan di dalam Mahkamah Syariah.

(3) Majlis atas nasihat Ketua Pendakwa Syarie boleh melantik orang-orang yang sesuai dan layak dari kalangan anggota perkhidmatan awam am Persekutuan atau Negeri Pulau Pinang menjadi Pendakwa-Pendakwa Syarie yang hendaklah bertindak di bawah kawalan am dan arahan Ketua Pendakwa Syarie dan boleh menjalankan semua atau mana-mana hak dan kuasa yang terletakhak pada atau yang boleh dijalankan oleh Ketua Pendakwa Syarie di bawah mana-mana undang-undang bertulis kecuali mana-mana hak atau kuasa yang disebutkan dengan nyata yang mesti dijalankan oleh Ketua Pendakwa Syarie sendiri.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.