ENAKMEN 4 TAHUN 1996
ENAKMEN ACARA JENAYAH SYARIAH (NEGERI PULAU PINANG) 1996

BAHAGIAN VIII - PERKARA AM



Seksyen 222. Salinan rekod prosiding.

(1) Jika pengadu atau tertuduh atau mana-mana orang lain yang terlibat dengan hukuman atau perintah yang dijalankan atau dibuat oleh Mahkamah ingin mendapat salinan apa-apa hukuman, perintah atau mana-mana bahagian lain rekod, dia hendaklah, apabila memohon untuk mendapat salinan tersebut, diberikannya oleh Mahkamah:

Dengan syarat bahawa dia membayar jumlah wang yang munasabah seperti yang diarahkan oleh Mahkamah untuk salinan itu, melainkan jika Mahkamah atas sebab tertentu memikirkan ia patut diberikan dengan percuma.

(2) Permohonan bagi mendapat salinan rekod prosiding boleh dibuat pada bila-bila masa oleh Pendakwa dan tidak ada bayaran dikenakan kepadanya.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.