ORDINAN 8 TAHUN 1991
ORDINAN KANUN ACARA JENAYAH SYARIAH 1991

BAHAGIAN VI - PERUNTUKAN TAMBAHAN
BAB XXII
Peruntukan Khas Berhubung dengan Keterangan



Seksyen 193. Laporan orang yang tertentu.

(1) Mana-mana dokumen yang dikatakan sebagai laporan yang dibuat di bawah tandatangan mana-mana orang yang disebut dalam subseksyen (2) ke atas mana-mana orang, perkara atau benda yang telah diperiksa atau dianalisakan oleh atau mana-mana dokumen yang dikatakan sebagai laporan yang dibuat di bawah tandatangan Pendaftar Penjenayah atas mana-mana perkara atau benda yang berhubung dengan cap jari yang telah diserahkan kepadanya untuk dibuat laporannya boleh diberi sebagai keterangan di dalam mana-mana perbicaraan atau tindakan lain di bawah Kanun ini kecuali jika orang tersebut atau Pendaftar itu dikehendaki hadir sebagai seorang saksi-

Dengan syarat bahawa di dalam mana-mana kes di mana Ketua Pendakwa Syarie hendak memberi sebagai keterangan mana-mana laporan tersebut dia hendaklah menghantarkan satu salinan laporan itu kepada orang yang dituduh tidak kurang daripada sepuluh hari sebelum perbicaraan dimulakan.

(2) Berikut adalah orang-orang yang kepadanya peruntukan seksyen ini dipakai-

(3) Orang yang dirujukkan dalam subseksyen (2) dan Pendaftar Penjenayah adalah terikat di bawah Kanun ini untuk menyatakan yang benar dalam laporan yang dibuat di bawah tandatangan mereka.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.