ENAKMEN 7 TAHUN 1993
ENAKMEN PENTADBIRAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM NEGERI PULAU PINANG

BAHAGIAN IX - PERKARA-PERKARA KEWANGAN



Seksyen 102. Perbelanjaan Majlis.

Semua kos-kos, bayaran-bayaran dan perbelanjaan-perbelanjaan mentadbirkan hartabenda dan aset yang terletakhak kepada Majlis, termasuk kos penyenggaraan dan pembaikan mana-mana hartabenda yang tak alih, saraan dan elaun-elaun semua pengkhidmat Majlis, dan fee dan elaun yang kena dibayar kepada mana-mana pegawai atau ahli Majlis berkenaan dengan perkhidmatannya sebagaimana yang demikian, hendaklah dibayar daripada hartabenda dan aset Baitulmal.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.