ENAKMEN 3 TAHUN 1989
ENAKMEN ACARA JENAYAH SYARIAH 1988

BAHAGIAN VI - PERUNTUKAN-PERUNTUKAN TAMBAHAN
Bab XXIV - PELUPUSAN EXHIBIT DAN HARTA YANG MENJADI SABJEK KESALAHAN



Seksyen 185. Mahkamah hendaklah menimbang cara melupuskan exhibit.

(1) Apabila tamat mana-mana pembicaraan di bawah Enakmen ini, Mahkamah hendaklah menimbangkan cara mana exhibit patut dilupuskan dan boleh membuat mana-mana perintah untuk maksud itu mengikut undang-undang.

(2) Sekiranya Mahkamah tidak membuat apa-apa perintah untuk melepaskan exhibit itu, exhibit itu hendaklah diberikan kepada Pengarah Pendakwa yang berkuasa di dalam perbicaraan itu dan boleh diuruskan oleh Pengarah Pendakwa mengikut peruntukan-peruntukan Bab ini seolah-olah Mahkamah telah membuat perintah atau perintah-perintah sedemikian :

Dengan syarat bahawa jika Pengarah Pendakwa pada bila-bila masa ragu-ragu di atas cara yang sesuai untuk melupuskan mana-mana exhibit, atau sekiranya mana-mana orang menuntut supaya diserahkan kepadanya mana-mana exhibit dan Pengarah Pendakwa menolak tuntutan tersebut, Pengarah Pendakwa atau orang tersebut boleh membuat permohonan kepada Mahkamah yang membicarakan kes itu dan Mahkamah hendaklah membuat perintah bersangkutan dengan pelupusan exhibit itu sebagaimana yang difikirkan sesuai.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.